Diary Aku

Nama aku Khairul Azamuddin aku baru berumur 28 tahun tetapi aku sudah menghidapi kemurungan, puncanya adalah dari pekerjaan aku, aku bekerja di sektor awam, pembantu pejabat yang menjaga mesin photostate, fail, reso dan kerja-kerja am yang lain, dulu aku seorang yang periang suka buat lawak, ketawa, aktif.

Dengan arahan yang banyak dari kakitangan lain setiap hari aku berasa pening kepala, kerap kali dibahagian belakang, aku ingat itu cuma sakit biasa tak tahulah pula itu adalah tanda-tanda kemurungan, ya tuhan jika aku tahu, akau akan elakan, sudah aku mengadu kepada ketua jabatan aku tentang kekurangan kakitangan tapi tiada respon daripada dia, aku teruskan kerja aku selagi aku larat.

Aku sedar aku kerap tidak sihat, pening diwaktu pagi, mc selalu, jika terasa pening aku akan ke kantin untuk rilex, selama satahun aku dapat bertahan, dan akhirnya pada bulan 10/2011 pada awal pagi ketika itu didalam kereta hendak ke tempat kerja aku dapat rasakan kelainan pada badan aku, bulu roma aku tegak dan tiba-tiba jantung aku berdegup laju tanpa sebab, waktu itu aku cemas, adakah aku sudah mula hendak sakit atau aku hendak mati, aku ke klinik doc hanya beri aku paracetamol, aku makan, aku dapat rasakan aku tidak bermasa, malas tapi aku kuatkan juga, keesokan hari aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung mertua aku di johor, dalam perjalanan aku tiada apa yang aku rasakan semua seperti biasa.

Setibanya aku di johor, selaki lagi jantung aku derdegup laju, malam itu juga aku ambil keputusan ke hospital segamat tapi doc kata tiada apa-apa penyakit pada aku selepas sampel darah dan ujian jantung semuanya normal. aku pulang ke rumah, malam itu aku tidak selesa aku gahkan juga tidur, keesokan hari aku rasa cemas tidak tenteram sekali lagi aku ke hospital segamat dan akhirnya aku dimasukan ke wad selama sehari selamalam, doc masih tidak tahu  apa sebenarnya penyakit aku, nurs kata aku depress, aku masih tak faham apa itu penyakit kemurungan. Keesokan hari aku dibenarkan keluar dan aku terus balik ke selangor dengan bantuan abang aku, aku langsung tak boleh membawa kereta, mula saat itulah hidup aku berubah.

Aku ambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan, setika itu aku bertemu dengan doc Skandarasan di kliniknya di klang, dia pernah merawat penyakit ini dan dia juga mengeluarkan surat untuk aku ke hospital klang dan surat untuk aku membeli ubat antidepression, alhamdulillah ubat itu berkesan, dengan perlahan aku kembali bertenaga, tidak hanya baring sahaja, bila aku banyak bergerak jantung aku akan berdegup laju, Luvox dan Sanax ubat yang aku ambil selama dua bulan, bulan 12 aku hanya ambil mc dengan bantuan doc skandarasan, aku bukan kaya, jika aku ambil cuti tanpa gaji aku kena bayar balik pada kerajaan, jadi aku ambil mc sehingga tarikh temujanji aku di hospital pakar di jabatan psikiatri htar klang, 2 bulan aku tidak bekerja bagi mereka yang tidak faham penyakit ini mereka akan fikir yang aku ni malas, sakit apa ntah, mereka tak faham.

Sampai tarikh temujanji di hospital aku bertemu pakar dalam bidang ini, banyak soalan yang aku tanya, dan akhirnya aku ditukarkan ubat, Lexapro nama ubat tu, ubat tu lebih baik sebab sekarang aku sudah boleh membawa kereta sendirian. Anda tahu aku sekarang tak de mood nak masuk shoping compleks, nak jalan-jalan kadang2 kesian ngan anak aku, disebabkan penyakit aku tu juga aku tak dapat tengok anak aku masuk tadika buat pertama kalinya.

16/1/2012 pertukaran aku diluluskan, disebabkan kesan sampingan ubat lexapro itu aku ambil keputusan untuk mengambil cuti separuh gaji dengan tempat baru, tapi tak jagi aku cuma ambil mc sahaja, disini ada masalah lagi, aku ingatkan ketua jabatan yang baru aku ni memahami penyakit aku tapi tidak, depat aku dia ok je tapi belakang aku dia cuba buang aku dengan tidak mahu menerima aku bekerja disitu, aku dapat tahu pun dari Jabatan. sedih betul tapi aku cuba kuatkan semangat aku, kali ini aku akkan melawan. aku cuma perlu peluang untuk sembuh itu sahaja, manusia akan sakit tuhan dah tetapkan segalanya, masa sahaja penentunya, aku berdoa supaya aku diberi kesempatan untuk pulih sepenuhnya.

Comments are closed.